Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatest News

Description
  
Front image
  

​(1) To Invest, Build and Operate The Integrated Development of Multi-Storey Car Park Building and Bumiputera Commercial Trade Centre;

(2) To Invest, Build and Operate The Development of APTK Building

  

RFP 1 2 Extended.jpg

BANDARKU CERIA 'INISIATIF HARI TANPA KERETA'

Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa bermula pada hari Ahad, 2 Oktober 2016 yang lalu, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui beberapa Kementerian dan agensi-agensi serta pihak yang berkenaan telah mengambil inisiatif hari tanpa kereta dan Program Bandarku Ceria pada setiap hari Ahad. Antara lain ianya juga berhasrat untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan, membuka peluang kepada peniaga kecil-kecilan (SME), mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) dan menggalakkan cara hidup yang sihat. setiap hari Minggu.

Dalam hal ini, beberapa jalan raya di kawasan Bandar Seri Begawan akan ditutup di antara 6 pagi hingga 10 pagi setiap hari Ahad. Antara lalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien, Jalan Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Jalan Stoney, Jalan Mc Arthur, Jalan Elizabeth II, Jalan Pretty dan Jalan Pemancha. Dengan ini, orang awam akan dapat menggunakan ruang-ruang yang ada bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk riadah, kebudayaan, kekeluargaan dan kemasyarakatan. Dengan yang sedemikian, Bandar Seri Begawan menjadi sebuah urban park yang dapat dinikmati oleh semua melalui aktiviti-aktiviti seperti berjalan, berjoging, berbasikal, senamrobik, berjual-jualan dan lain-lain aktiviti. 


  

bkc 2019 jpeq.jpg

Completed